Pages

19 April, 2012

Takdir dan waktu...

Apakah yang paling bermain di fikiran tatkala usia mencecah angka 25++...Sebagai wanita Melayu dan hidup di bumi Malaysia yang makmur, pasti pokok persoalannya soal 'jodoh' menjadi isu juga. Sambil makan buah berangan, saya juga berangan-angan..hehe..memang betul pun saya sedang makan buah berangan...;)

Walau begitu jauh pun saya berada, persoalan ini tidak lari, malah mengekori umpama bayang. Tambah pula, apabila 'ahli' keluarga sudah mula 'bersoksek-soksek'...huh..belum jodoh sayalah...kamu doalah yang terbaik buat saya ya!Oh..minta diri dulu, ada peperiksaan jam 1 nanti!

p/s : saya memang mau 'post' banyak gambar, tapi 'kelembapan' internet tidak mengizinkan...;(

13 February, 2012

Bumi yang kurindu










Tesis oh tesis.........

Dah lama tak menjenguk laman ini
sama juga dengan lamanya tak menengok-nengok tesis yang terhenti agak lama
sebab terlalu banyak masa yang diguna untuk ingat perkara yang sia-sia agaknya
Entahlah...
tapi
apapun masalah...
apapun musibah
tetap aku percaya
bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah
cuma
masa dan ketika yang ada ini
aku akan manfaati
aku akan buat analisis ni
sampai separuh sudah...
ok la daripada tak berganjak-ganjak...
Prof..saya dah lupa yang Prof. ajar hari tu..
boleh tak Prof. ulang sekali lagi
kali ni
saya janji akan tunjuk kt Prof.
walaupun entah apa-apa analisis yang saya buat
Prof., maaf ye sebab dapat anak buah yang lembab macam saya ni....
aduhai...Prof....jangan la marah saya....
saya bukan tak buat langsung,...tapi...saya pun tak tahu apa yang saya buat...
saya ada banyak masalah peribadi la...saya sakit jiwa....
tak profesional sangat kan bila masalah peribadi dijadikan alasan sebab keje tak bergerak....
Tuhan...
berikanlah aku kekuatan demi kekuatan....
untuk aku terus menjalani kehidupan di bumiMu ini ...

Kenangan bersama-sama VC...


Foto dirakamkan dalam suatu Majlis Makan Malam bersama-sama Rombongan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Barisan Pentadbiran Universiti Bangsa-bangsa Yunnan(YUN), China sempena sambutan ulangtahun ke-60 penubuhan YUN.


penulis menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Deputy Dean, YUN, Prof. Ma Li Juan, di sebelah kanan penulis ialah Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Ghauth Jasmon dan berbaju merah muda ialah mantan Pengarah Jabatan Perhubungan Antarabangsa, YUN, Prof. Ma Li.
Naib Canselor UM, Tan Sri Ghauth Jasmon dan isteri, Puan Sri Norliah ketika lawatan ke Muzium Kebangsaan Yunnan, di Kunming, China.

16 December, 2011

Sudah lama tidak mengunjungi laman ini,
bukanlah kerana terlalu banyak urusan,
tetapi kerana 'kesusahan' dan 'kepayahan' memASUKInya.

Dalam tempoh ini juga..banyak perkara yang berlaku..
benarlah, hidup macam roda...
sentiasa berputar dan terus berputar...
dalam tempoh ini juga,..kerinduan terhadap tanah air tercinta amat terasa...
rindu pada segala-galanya yang ditinggalkan ...

Ya Tuhan,  semoga ujianMu menjadikan aku lebih tabah...
dan aku mahu terus-menerus mendamba cintaMu Ya Allah....
tiada TUHAN selain Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang terlindung...
semoga Engkau terus memberiki kekuatan dan kekuatan ...
Amin Ya Rabbal 'Alamin....

06 October, 2011

Tiada kata....

Lama benar rasanya tak menulis di laman ini, bukan tidak ingin menulis, tetapi ada beberapa kekangan yang menghalang. Hampir sebulan di 'Zhong Guo'...di 'Spring City'...rasanya ada terlalu banyak cerita yang boleh dijadikan 'modal' untuk menulis...sungguh!terlalu banyak..dan, terbit rasa syukur dalam diri ini...kerana Tuhan telah memilih 'aku' untuk melihat betapa besar KEAGUNGANNYA...yang mungkin tidak diberi kepada teman-teman lain...sungguh!aku bersyukur YA ALLAH....kerana memberi aku peluang, dan kekuatan...untuk seorang diri 'berkembara' di negeri asing...suatu perkara yang tidak pernah terfikir akan kulalui...
juga untuk 'kamu'...yang meninggalkan aku dengan sedikit kekuatan ini......

SUBHANALLAH....terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh ini...andai dapat kucoretkan, tidak cukup bahkan segulung kanvas...dari Ramadan rasanya...aku berjuang untuk ini, dengan teman-teman serta keluarga sebagai pendorong...ya, kerana kalian jua aku berjaya sampai ke sini...dan Ramadan juga menyaksikan detik pulangnya ke rahmatullah, penulis prolifik, sasterawan, AZIZI HAJI ABDULLAH...setelah seminggu aku membentangkan proposal kertas kerjaku mengenai tulisannya....Ya Allah...tiada kusangka panggilan telefon itu adalah yang terakhir....Tuhan,,..Engkau memberiku peluang berbicara dengannya buat kali terakhir, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa walaupun dia telah pergi...tulisan-tulisan beliau akan terus mendapat perhatian para pengkaji dalam lapangan kebahasaan dan kesusasteraan...begitu prolifik Azizi, sehingga 2010, karya beliau terus-menerus terbit...seolah beliau tiada kering ide untuk berkarya...Badai Cinta menjadi buah tangan terakhir beliau untuk tatapan kita....semoga roh beliau dicucuri rahmat...AMIN....

Berada di bumi ini adakalanya umpama suatu mimpi...pahit manis....setakat ini tiada yang pahit, cuma yang kurang manis rasanya..hehe...sungguh!berada di sini membuatkan diri ini amat kagum dengan kebesaran dan kekuasaanNya...sekali lagi, dan berkali-kali pun tidak cukup rasanya aku melahirkan rasa syukur..atas nikmat yang DIA berikan untukku....yang tidak diberikan pada teman-teman lain(kerana mereka diberi nikmat yang lain)...di sini aku melihat betapa luasnya bumi Tuhan...betapa indahnya...saujana mata memandang...Ya Allah..umpama syurga dunia, rasanya baru sedikit tempat yang kujejak...belumpun suku....namun betapa Ya Allah....keagunganMu tiada taranya,...SUBHANALLAH...(kelak akan diupload gambar2nye...hehe)

Bercerita tentang bahasa...oh...memang sedikit mencabar...adakalanya terasa seperti mengajar bahasa Inggeris...hehe...tak apa,..sabar..INSYAALLAH...lama-kelamaan pasti lebih baik hasilnya...mereka rajin juga...melihat pada wajah-wajah mereka..terasa diri ini telah tua rupanya...hehe...lebih berumur tentunya...seronok...dapat mengajar orang asing 'bahasa ibunda' ku...memang suatu nikmat...teringat lagi kata-kata pengetua sekolahku dahulu...'menjadi guru, tukarkan beban tugas kepada nikmat kerja',...ya, memang itulah yang aku pegang sehingga kini..dan Alhamdulillah...aku amat 'menikmati' kerjaya ini dan amat berbangga dengannya....syukur padaMu ya Allah....semoga Engkau merahmati kehidupanku, keluargaku, teman-temanku dan umat Islam seluruhnya..AMIN...

Cukuplah setakat ini rasanya...selebihnya akan kucoretkan nanti....masih banyak tentunya..=)
Wassalam.

09 August, 2011

Salam,
Dah lama tak menulis di sini
Maklumlah, sibuk sikit...
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku...
Ya Allah, moga pemergianku kelak memberikan sejuta hikmah
Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untukku...
Sesungguhnya, hanya kepadaMu aku sembah dan kepadaMu aku berserah segala-galanya...
Amin Ya Rabbal A'lamin...