Pages

16 December, 2011

Sudah lama tidak mengunjungi laman ini,
bukanlah kerana terlalu banyak urusan,
tetapi kerana 'kesusahan' dan 'kepayahan' memASUKInya.

Dalam tempoh ini juga..banyak perkara yang berlaku..
benarlah, hidup macam roda...
sentiasa berputar dan terus berputar...
dalam tempoh ini juga,..kerinduan terhadap tanah air tercinta amat terasa...
rindu pada segala-galanya yang ditinggalkan ...

Ya Tuhan,  semoga ujianMu menjadikan aku lebih tabah...
dan aku mahu terus-menerus mendamba cintaMu Ya Allah....
tiada TUHAN selain Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang terlindung...
semoga Engkau terus memberiki kekuatan dan kekuatan ...
Amin Ya Rabbal 'Alamin....

06 October, 2011

Tiada kata....

Lama benar rasanya tak menulis di laman ini, bukan tidak ingin menulis, tetapi ada beberapa kekangan yang menghalang. Hampir sebulan di 'Zhong Guo'...di 'Spring City'...rasanya ada terlalu banyak cerita yang boleh dijadikan 'modal' untuk menulis...sungguh!terlalu banyak..dan, terbit rasa syukur dalam diri ini...kerana Tuhan telah memilih 'aku' untuk melihat betapa besar KEAGUNGANNYA...yang mungkin tidak diberi kepada teman-teman lain...sungguh!aku bersyukur YA ALLAH....kerana memberi aku peluang, dan kekuatan...untuk seorang diri 'berkembara' di negeri asing...suatu perkara yang tidak pernah terfikir akan kulalui...
juga untuk 'kamu'...yang meninggalkan aku dengan sedikit kekuatan ini......

SUBHANALLAH....terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh ini...andai dapat kucoretkan, tidak cukup bahkan segulung kanvas...dari Ramadan rasanya...aku berjuang untuk ini, dengan teman-teman serta keluarga sebagai pendorong...ya, kerana kalian jua aku berjaya sampai ke sini...dan Ramadan juga menyaksikan detik pulangnya ke rahmatullah, penulis prolifik, sasterawan, AZIZI HAJI ABDULLAH...setelah seminggu aku membentangkan proposal kertas kerjaku mengenai tulisannya....Ya Allah...tiada kusangka panggilan telefon itu adalah yang terakhir....Tuhan,,..Engkau memberiku peluang berbicara dengannya buat kali terakhir, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa walaupun dia telah pergi...tulisan-tulisan beliau akan terus mendapat perhatian para pengkaji dalam lapangan kebahasaan dan kesusasteraan...begitu prolifik Azizi, sehingga 2010, karya beliau terus-menerus terbit...seolah beliau tiada kering ide untuk berkarya...Badai Cinta menjadi buah tangan terakhir beliau untuk tatapan kita....semoga roh beliau dicucuri rahmat...AMIN....

Berada di bumi ini adakalanya umpama suatu mimpi...pahit manis....setakat ini tiada yang pahit, cuma yang kurang manis rasanya..hehe...sungguh!berada di sini membuatkan diri ini amat kagum dengan kebesaran dan kekuasaanNya...sekali lagi, dan berkali-kali pun tidak cukup rasanya aku melahirkan rasa syukur..atas nikmat yang DIA berikan untukku....yang tidak diberikan pada teman-teman lain(kerana mereka diberi nikmat yang lain)...di sini aku melihat betapa luasnya bumi Tuhan...betapa indahnya...saujana mata memandang...Ya Allah..umpama syurga dunia, rasanya baru sedikit tempat yang kujejak...belumpun suku....namun betapa Ya Allah....keagunganMu tiada taranya,...SUBHANALLAH...(kelak akan diupload gambar2nye...hehe)

Bercerita tentang bahasa...oh...memang sedikit mencabar...adakalanya terasa seperti mengajar bahasa Inggeris...hehe...tak apa,..sabar..INSYAALLAH...lama-kelamaan pasti lebih baik hasilnya...mereka rajin juga...melihat pada wajah-wajah mereka..terasa diri ini telah tua rupanya...hehe...lebih berumur tentunya...seronok...dapat mengajar orang asing 'bahasa ibunda' ku...memang suatu nikmat...teringat lagi kata-kata pengetua sekolahku dahulu...'menjadi guru, tukarkan beban tugas kepada nikmat kerja',...ya, memang itulah yang aku pegang sehingga kini..dan Alhamdulillah...aku amat 'menikmati' kerjaya ini dan amat berbangga dengannya....syukur padaMu ya Allah....semoga Engkau merahmati kehidupanku, keluargaku, teman-temanku dan umat Islam seluruhnya..AMIN...

Cukuplah setakat ini rasanya...selebihnya akan kucoretkan nanti....masih banyak tentunya..=)
Wassalam.

09 August, 2011

Salam,
Dah lama tak menulis di sini
Maklumlah, sibuk sikit...
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku...
Ya Allah, moga pemergianku kelak memberikan sejuta hikmah
Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untukku...
Sesungguhnya, hanya kepadaMu aku sembah dan kepadaMu aku berserah segala-galanya...
Amin Ya Rabbal A'lamin...

20 July, 2011

w.a.r.n.a.d.u.n.i.a





pic ni di ambik pada suatu petang..eh, senja da mase tu..
memang kaler dier warna-warni..(lewah sangat kan, dah kaler, warna lagi)
memang cantik sgt mase tu
dalam gambar pun cantik, tp kalau tgk depan mata kepala sendiri
tentula lagi cantik
kuasa Tuhan, hanya Dia yang Maha Berkuasa dan lebih tahu segala yang terlindung...
bila tengok warna-warna tu
teringat...
hidup kita pun memang macam tu la
ada mcm2 warna...
ada mcm2 keadaan....
kadang-kadang ada warna ceria
kadang-kadang warna suram
dan begitulah seterusnya sampai kita mati....

orang kata,
bukan susah nak susah...
dan
bukan senang nak senang....
pening bila memikirkan...
tapi kalau tak fikir pun pening jugak...
memang betul pun...
memang sahih...
ape nak buat
bile da tengok dengan mata kepala sendiri
memang betul pun keputusan yang dia buat tu
semoga dia bahagia la hendaknya...
aku pulak...??
camane....??
sape nak jawab....hehe
tepuk dada, tanyalah hati.......=)

BERUK

(khas kutitipkan untuk mereka yang bergelar guru, sebuah cerpen berjudul Beruk karya penulis prolifik, Azizi Hj. Abdullah)
Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.

“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.

Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.

“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”

Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.

“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.

“Saya cari, cikgu!”.

“Dah jumpa?”.

Alias angguk. Tersenyum.

“Sebab itu kau datang lambat?”

Angguk juga.

”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.

Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.

“Tidak cikgu, saya…”

“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.

Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.

Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.

Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.

Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.

“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.

“Dia panjat pokok kelapa?”

“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya.

“Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.

Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.

“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.

“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.

Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.

“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.

Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.

Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

“Dah lama cikgu sampai ?” tanya Alias.

“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.
 

Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.

Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.

Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.

“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.

“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.

“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.

“Cikgu…”

“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.

“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”

Alias duduk. Kaku. Sedih.

“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.

“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.

“Kenapa?”

“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.
 

Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.



Azizi Hj Abdullah
Dewan Bahasa, Disember 1970

19 July, 2011

soalnya hati....??

hati...
dulu masa kecik-kecik memang tak suka makan hati
mak pun tak bagi makan ati
mak kata, budak-budak tak elok makan ati
nanti jadi bodoh...(dalam loghat utara agak kurang darjah kekasaran perkataan ini)
ataupun kurang pandai

bila dah besar pun...
memang tak suka makan ati jugak
tapi, masa dok hostel dulu,
selang seminggu ke
dua minggu ke
mesti ada menu ati ayam
jadi tepaksa la makan jugak

tapi
lama-lama
bila dah semakin besar(dewasa)
rupanya, memang berjodoh dengan ati ni
zaman ber'cintan-cintun',,..
tak tahu la cintan monyet ke tidak
tapi memang makan ati berulam jantung...
mana tidaknya,...
becinta setengah mati,...
last2 dapat taw kena tipu...
memang makan ati sangat-sangat laaa...
tapi nak buat macamana
memang tak ada jodoh kot kan...
awak, kalau awak terbaca ni satu hari nanti kan,..
saya memang nak awak tahu,...
saya tak pernah salahkan awak atas apa yang berlaku...(sobsobsob ..  ;(  ...)

tapi belum abis lagi bab hati ni
sekarang,
bila usia da menginjak sikit(sikit je k)
selalu cepat letih, pucat....
padahal keja xdela banyak sangat pun....
penatnye lebih-lebih...
bila gi check kat klinik panel UM yang buruk tu
DR. cakap gini la lebih kurang bunyiknye :

"Cik, awak ni tekanan darah rendah, awak kena selalu makan hati.."
"saya memang dah selalu makan ati DR...." jawabku selamba....hehehe
nampaknya,...memang berjodoh dengan 'hati' la......  :)


VS

18 July, 2011

Terharu


hari ini...18 Julai 2011
sangat terharu melihat pelajar saya yang begitu tekun menjawab soalan peperiksaan...
sangat terharu melihat  mereka bertungkus lumus mempelajari bahasa IBUNDA saya...
bahasa kebangsaan MALAYSIA...
pada masa yang sama
sedikit TERKILAN juga...
kerana bahasa kita kurang disanjungi oleh masyarakat sendiri...


walauapapun...
saya BANGGA dengan kalian semua...
sungguh....ternyata mereka dapat menjawab dengan baik
walaupun tidak 100% sama seperti pelajar bahasa pertama
sungguh...saya bangga dengan mereka...
jika dilihat dalam tempoh 2 tahun mempelajari BM...
hasil yang begitu semestinya berada pada tahap yang memuaskan...


semoga mereka tidak pernah jemu mempelajari dan menguasai bahasaku...
biarlah asing dibumi sendiri...
semoga kalian beroleh segala yang baik belaka
~ lestari bahasaku ~



15 July, 2011


Bila hati mula berbisik...


Terima Kasih S.A.H.A.B.A.T

(doa seorang teman sempena hari lahir saya....)


Selamat hari lahir untuk si polan bin si polan....
Ya Allah....kumohon padaMu...
Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman
Tetapkanlah hatinya
Perluaskanlah rezekinya
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan
Jauhkanklah hatinya daripada kejahatan
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat....
Ya Allah,..
Jika dia jatuh hati
Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melebihkan hatinya pada hatiMu
Jika dia rindu
Rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke JalanMu
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta yang hakiki
Rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dariMu dalam Menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan diakhirat kelak...
Insyaallah...
Amin..





11 July, 2011

KAMU dan KAMU duniaku ...

sejak entah bila...
kamu dan kamu menjadi duniaku
kamu warnai duniaku
dengan pengalaman demi pengalaman
dan aku mengajar dan terus belajar...

Pelajar-pelajar Guangxi University for Nationalities,
 Province Guangxi, Republik Rakyat China.








Pelajar-pelajar daripada Universiti Walailak, Thailand.

06 July, 2011

keliru

harap-harap
keputusan yang aku buat ni betul
semakin hari semakin serabut dok kat ofis ni
macam-macam kerenah manusia aku jumpa
susah agaknya sebab aku tak secerdik mereka-mereka itu
dan...
yang paling aku harap,
supaya aku tak silap buat keputusan
ya, 
memang aku mau lari dari sini
aku mau suasana yang baru
aku mau ketenangan
aku mau yang lebih baik...
dengan izin TUHAN
Insyaallah...

05 July, 2011

sederhana


AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEDERHANA
dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu
kepada api yang menjadikannya
tiada


AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEDERHANA
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya
tiada


30 June, 2011

saya     R.I.N.D.U   awak ....
banyak  S.A.N.G.A.T   ...

29 June, 2011

Istighfar Rejab

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Besar


Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan berdiri
sendiri dan aku bertaubat kepadaNya dari segala maksiat dan
dosa. Dan aku bertaubat kepadaNya dari segala yang dibenci
oleh Allah sama ada pertuturan, perbuatan, pendengaran,
penglihatan dan apa yang terlintas di dalam hati.


Wahai Allah sesungguhnya aku memohon keampunanMu
terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan dan yang akan 
lakukan dan barangapa yang aku sembunyikan dan dosa yang 
aku lakukan secara terang-terangan dan barangapa yang Engkau
lebih mengetahui dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan 
Engkaulah yang mengakhirkan dan Engkaulah Maha Berkuasa
atas segala sesuatu.


Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu dari
setiap dosa, aku bertaubat kepadaMu dari dosa itu kemudian aku
mengulanginya dan aku memohon keampunan bagi apa aku
berkehendak untuk melakukannya semata-mata kerana wajahMu
yang Maha Mulia. Dan aku telah mencampuradukkan amalan itu
dengan barangapa yang Engkau tidak redhai. Dan aku memohon
keampunanMu dengan barangapa aku telah berjanji dengan
diriMu kemudian aku memungkirinya.


Dan aku memohon keampunanMu bagi barangapa hawa
mengajak aku untuk melakukannya dari kelonggaran yang mana
tidak aku keliru mengenainya sedangkan ianya adalah laranganmu.


Dan aku memohon keampunanMu bagi segala nikmat yang 
telah Engkau kurniakan kepadaku dan kemudiannya 
aku belanjakannya di jalan yang maksiat.


Dan aku memohon keampunanMu dari dosa-dosa yang tidak
diampuni (oleh seseorangpun) melainkan Engkau dan tidak 
seorangkan mengetahuinya melainkan Engkau dan tidak ada
yang meliputinya dan tidak ada yang selamat darinya melainkan
dengan keampunanMu.


Dan aku memohon keampunanMu dari sumpah yang aku mungkiri
dan aku bertanggungjawab ke atasnya.


Dan aku memohon keampunanMu Ya tiada Tuhan melainkan
Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari kalangan 
mereka yang zalim.


Dan aku memohon keampunanMu Ya (yang) tiada Tuhan 
melainkan Engkau, yang mengetahui apa yang ghaib dan yang 
disaksikan dari kejahatan yang telah aku lakukan di dalam
cahaya siang dan kegelapan malam. Di dalam tempat yang
berpenghuni dan tempat yang kosong dan di dalam rahsia dan
terang-terangan dan Engkau melihat kepadaku apabila aku
melakukannya (dosa-dosa) apabila aku melakukan kemaksiatan
dan keingkaran sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja
ataupun di dalam keadaan lupa. Wahai Yang Maha Pelembut dan
Maha Mulia.


Dan aku memohon keampunanMu Ya (yang) tiada Tuhan melainkan
Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari kalangan
mereka yang zalim.


Tuhanku, ampunilah aku dan rahmatilah aku dan terimalah 
taubatku dan Engkaulah Yang Paling Pengasih dari kalangan 
mereka yang mengasihi.


Dan aku memohon keampunanMu dari setiap amalan fardu yang
aku telah tinggalkan yang telah diwajibkan ke atasku
melakukannya sama ada di hujung waktu siang ataupun di pinggir
malam sama ada aku tinggalkannya dengan sengaja, tidak sengaja
ataupun disebabkan lupa ataupun lantaran meringan-ringankannya
sedangkan aku bertanggungjawab terhadapnya. Dan juga dari
setiap sunnah dari sunnah-sunnah penghulu sekelian Rasul dan
penutup segala Nabi, Muhammad s.a.w yang telah aku tinggalkan
sama ada disebabkan kelalaian, lupa, kejahilan atau meringan-
ringankannya. Sama ada sedikit ataupun banyak dan aku 
disandarkan dengannya.


Aku memohon keampunanMu Ya yang tiada Tuhan melainkan
Engkau Yang Esa dan tiada sekutu untukMu. Maha suci Engkau
Tuhan pemilik sekelian alam. KepunyaanMulah segala kerajaan
dan pujian serta kesyukuran. Dan Engkaulah yang mencukupi
kami dan sebaik-baik wakil, sebaik-baik Tuhan dan sebaik-baik
pemberi pertolongan dan tiada kekuatan dan tiada keupayaan
melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar
dan selawatlah ke atasnya dengan kesejahteraan yang banyak dan segala
pujian milik Allah Tuhan sekelian alam.

28 June, 2011

SEJIWA



Sejiwa

Artist: Spring

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

27 June, 2011

e.L.i.T.e....kesayanganku!!




sampai bila2 pun....sy tetap SAYANG awk..
walaupun sy mungkin akan meninggalkan awk...
seketika cuma

21 June, 2011

SERABUT m.i.l.o

betul ke ape aku wat nie...
mcm dh terlambat aje tny soklan tu
byk plak yg nak kena 'pk'
byknye duit nk pkai
mne nk cekau nieh.......
S.E.R.A.B.U.T M.I.L.O tul ah..


aktiviti hujung minggu...

Salam...

alkisahnya ujung-ujung minggu ni...
tak ada keje nak buat kan..
dok umah pun boring,
maka dengan ini kami sekeluarga pun ambillah peluang ni untuk beriadah...
sambil-sambil tu boleh gak hilangkan tension,

'port' baik punye...

selain tu, bila dapat hasilnya...
boleh gak buat lauk makan malam


beria anak sedara sy ni,da macam
Fukuchan muke dier...

tapi bila dah jadi lauk tak sempat di'snap' picnye...hehe...
tapi kalau dah selalu, jadi jemu pulak,
maklumla ikan darat,..
tapi sambal keli mlm tu memang 'terbaik'
letak serai, racik halus2,
dah x rasa hanyir ikan,
serai pun xde rse 'seregai'...
pahtu tambah nasik 2, 3 pinggan r...
orang tua-tua cakap, 'kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan'....hehehe


anak sedare sy dan ikannye......=)


bila da dekat Maghrib, kami pun berangkatla...
lagipun, x jauh sangat dengan umah kitorang kat P.U.S...
kadang-kadang tu, telajak...hehe
maklumla, 'mancing' boleh jadikan kita 'gian'....
tapi, lebih baik daripada gi 'memancing' kat shopping complex...

pemandangan waktu senja kt citu...

20 June, 2011

Pelajar Bahasa Kedua...


tibe2 ase tringat plak kt student kte yg dari Thai tu...pelik ah...smpai temimpi2 lak tu...haishh...pelik bin ajaib nieh...tapi, seriusly, pengalaman ngaja dorg tu mmg xkn dpt kt mne2...mmg lain dr yg lain...kadang2 bercakap ngan dorg mcm ayam ngan itik pn ade...tp, bab tari-menari dorg mmg suke...


tapi, bkn sepenuhnye salah dorg klu dorg x boleh berkomunikasi dlm BM dgn baik...mgkn ada kesilapan di mana2...cara, kaedah, pendekatan, teknik yg digunakan....


lagipun, cara dorg belajar BM di Thai pn dh menampakkan kepincangan, ada ke belajar BM guna bhs Thai, mst la susah nak dpt...


tp, walauapepn...ckg doakan korg berjaya dalam apa jua yg korg lakukan lepas nie...time ksh kerana memberi pengalaman yg amt berharga utk ckg...ckg SYG korg....



persembahan tarian 'Welcome to Thailand'....

19 pelajar daripada Universiti Walailak, Thailand...


Tiba-tiba rasa teringat pula pada pelajar saya dari Thailand. Peliknya. Sampai temimpi-mimpi pula tu. Ajaib sungguh...! Namun, sememangnya pengalaman mengajar mereka (pelajar Thai) tidak akan dapat saya perolehi di mana-mana selepas ini. Memang lain dari yang lain. Lain daripada pengalaman sebelum ini kerana sebelum ini saya hanya mengajar pelajar-pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama (pelajar berbangsa Melayu kebanyakannya). Kadangkala, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini dapat diumpamakan 'seperti ayam dengan itik'. Namun begitu, mereka amat meminati bidang tarian dan nyanyian. Mereka pandai menyanyikan lagu 'Cindai' dendangan Datuk Siti Nurhaliza juga. Hal ini berkemungkinan jika digabungkan pembelajaran bahasa Melayu dan kesenian, mereka akan dapat menguasai BM dengan lebih baik.


Sekiranya mereka tidak dapat mengusai BM dengan baik dalam sama ada dalam penulisan atau komunikasi, ini bukan sepenuhnya berpunca daripada mereka. Hal ini terjadi berkemungkinan kerana terdapat kesilapan sama ada dari segi cara, kaedah, teknik, atau pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Tambahan pula, cara mereka mempelajari BM di Thailand juga telah menampakkan kepincangan.  Mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan menggunakan(dalam) bahasa Thai. 


Walau bagaimanapun, cikgu mendoakan anda semua berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan selepas ini. Terima kasih banyak kerana memberi pengalaman yang amat berharga untuk cikgu. Cikgu SAYANG anda semua.
 ~ l e s t a r i  b a h a s a k u ~


19 June, 2011

Badai Cinta

aku ingin hidup sendirian
...

           aku ingin bergerak seperti
          awan - gemawan yang bisa
          menangis - mencurah air mata
          sehingga dunia tahu bahawa 
          aku pernah bersamamu,
          tapi tak mungkin bertemu lagi    
                               ...


azizi haji abdullah

18 June, 2011

untuk ayah...

selamat hari bapa untuk semua bapa-bapa di seluruh dunia...
untuk ayah saya,...semoga bahagia di dunia yang sana....al-fatihah...
sesungguhnya dirimu x pernah ku terlupakan...
walau diri ini tak pernah mengenalimu...
aku sayang padamu....selalu...

13 June, 2011

secebis Doa...


Ya ALLAH, hanya bagi ENGKAU puji-pujian, ENGKAU penegak langit dan bumi, serta apa yang ada di dalamnya. Dan bagi ENGKAU puji-pujian bagi ENGKAU kerajaan langit dan bumi, serta apa yang ada di dalamnya dan bagi ENGKAU puji-pujian, ENGKAU yang hak, dan janji ENGKAU yang hak, dan bertemu dengan ENGKAU adalah hak, dan firman ENGKAU yang hak, dan syurga itu adalah hak, dan neraka itu adalah hak, dan para nabi itu adalah hak, dan Nabi Muhammad S.A.W adalah hak, dan hari kiamat itu adalah hak(benar). Ya Allah, bagi ENGKAU aku menyerahkan diri, dan dengan ENGKAU aku beriman dan dengan ENGKAU aku berserah diri, dan kepada ENGKAU aku kembali, dan dengan ENGKAU aku menghadapi mengalahkan musuh, dan dari apa yang tidak terlihat, dan yang terlihat. ENGKAUlah TUHAN yang terdahulu dan terakhir, tidak ada selain TUHAN (yang disembah) kecuali ENGKAU, dan tidak ada daya upaya serta kekuatan kecuali pertolongan ENGKAU. Maka ALLAH berselawat/memuji bagi pemimpin kami (Nabi) Muhammad, dan para keluarganya, serta para sahabatnya kesejahteraan, dan segala puji bagi ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM..


bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukku...





J.A.N.G.A.N.P.E.R.N.A.H.K.A.U.K.E.S.A.L.T.A.K.D.I.R.Y.A.N.G.T.E.R.T.U.L.I.S




12 June, 2011

bukan yang pertama...

Salam...

Special dedicated untuk AZNI SYARULIA (memang nama sebenar) dan AULA SYAKILA (juga memang nama sebenar) kerana atas jasa kalian berdua belog ini telah wujud....agar dapat aku manfaatkan semasa berpergian kelak(kalau betul2 pegi laa)...hehe...juga untuk mencoretkan sejuta rasa....walaupun entri pertama tu, bukan aku yang tulis...=)..mekasih bebanyak kat korang...susah payah 'pk' n wat utk aku yg x berapa celik IT neh..sori bebanyak lerr...byk plak yg aku 'ter'renovate...

01 June, 2011

entri pertama....



assalamualaikum...


actually dh lama rasa nk berbelog tp baru hari ni terbuka hati nk create blog. aku harap blog ni dpt menjadi medium unt aku  berkongsi rasa suka dan duka. 


kadang2 kita xperlu berkata2 untuk meluahkan perasaan ini..cukuplah hanya dengan tulisan... namun mampu unt mengungkapkan apa yg tersurat dan tersirat di hatiku.....