tapi, bkn sepenuhnye salah dorg klu dorg x boleh berkomunikasi dlm BM dgn baik...mgkn ada kesilapan di mana2...cara, kaedah, pendekatan, teknik yg digunakan....
lagipun, cara dorg belajar BM di Thai pn dh menampakkan kepincangan, ada ke belajar BM guna bhs Thai, mst la susah nak dpt...
tp, walauapepn...ckg doakan korg berjaya dalam apa jua yg korg lakukan lepas nie...time ksh kerana memberi pengalaman yg amt berharga utk ckg...ckg SYG korg....
![]() |
persembahan tarian 'Welcome to Thailand'.... |
![]() |
19 pelajar daripada Universiti Walailak, Thailand... |
Tiba-tiba rasa teringat pula pada pelajar saya dari Thailand. Peliknya. Sampai temimpi-mimpi pula tu. Ajaib sungguh...! Namun, sememangnya pengalaman mengajar mereka (pelajar Thai) tidak akan dapat saya perolehi di mana-mana selepas ini. Memang lain dari yang lain. Lain daripada pengalaman sebelum ini kerana sebelum ini saya hanya mengajar pelajar-pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama (pelajar berbangsa Melayu kebanyakannya). Kadangkala, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini dapat diumpamakan 'seperti ayam dengan itik'. Namun begitu, mereka amat meminati bidang tarian dan nyanyian. Mereka pandai menyanyikan lagu 'Cindai' dendangan Datuk Siti Nurhaliza juga. Hal ini berkemungkinan jika digabungkan pembelajaran bahasa Melayu dan kesenian, mereka akan dapat menguasai BM dengan lebih baik.
Sekiranya mereka tidak dapat mengusai BM dengan baik dalam sama ada dalam penulisan atau komunikasi, ini bukan sepenuhnya berpunca daripada mereka. Hal ini terjadi berkemungkinan kerana terdapat kesilapan sama ada dari segi cara, kaedah, teknik, atau pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, cara mereka mempelajari BM di Thailand juga telah menampakkan kepincangan. Mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan menggunakan(dalam) bahasa Thai.
Walau bagaimanapun, cikgu mendoakan anda semua berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan selepas ini. Terima kasih banyak kerana memberi pengalaman yang amat berharga untuk cikgu. Cikgu SAYANG anda semua.
~ l e s t a r i b a h a s a k u ~
No comments:
Post a Comment